Wednesday, September 30, 2009

Salam Siakap

Oleh : Hazly

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh dan Salam Sejahtera buat semua followers dan pembaca blog ini. Setelah hampir sebulan lebih bercuti dari memancing, kini warga salam siakap kembali. Terbaru dan terkini pada hari Sabtu 26.09.2009 bertempat di Taman Pelangi, Sentul. Habuan yang kami dapat pada hari tersebut adalah Siakap Merah atau dalam nama saintifik nya "Lates Calcarifer @ Barramundi". Kami memohon maaf kerana tidak dapat memuat turun gambar pada hari itu disebabkan masalah teknikal. Kami akan memuat turun gambar-gambar tersebut dalam masa terdekat.

Walaupun bahang suasana Hari Raya masih lagi terasa, salam siakap telah dan sedang dalam proses menyusun kalendar untuk aktiviti memancing. Antara tempat yang bakal kami kunjungi adalah seperti Kolam Air Masin Rawang, Kolam Air Masin Desa Aman, Kelong Paradise Waterfront Sabak Bernam, Selat Melaka dan Tasik Bera Pahang. Kami akan hebahkan dari masa ke semasa mengenai aktiviti salam siakap untuk tatapan pembaca amnya dan followers khasnya.

Akhir kata, kepada semua followers jangan lupa hari sabtu ni 03.10.09 ke rumah terbuka salah seorang warga salam siakap iaitu Cik Ifa Nemo (bulan 12 jadi puan). Kita akan berkumpul di Plaza Mont Kiara jam 1pm sebelum beramai-ramai kita serbu ke rumah Cik Ifa Nemo. Untuk maklumat lanjut mengenai trip ke "Rumah Terbuka Ifa Nemo" bolehlah emailkan kepada En. Fairuz Puyu a.k.a Pacu di zeus81_virus@yahoo.com untuk mendapatkan pelan kerumah Cik Ifa Nemo kita.

Sekian, Wassalam.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah

Oleh : Hazly

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, Syawal pula bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi mereka yang cintakan pahala dan mengerti serta memahami keberkatan bulan seribu bulan (Ramadhan) ini menangis kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan Ramadhan Al-Mubarak manakala bagi mereka yang tidak mengetahui keajaiban Ramadhan begitu gembira dengan kehadiran 1 Syawal. Setiap bulan yang ALLAH SWT jadikan mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri cuma bulan Ramadhan ini adalah bulan yang istimewa kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan di gandakan pahalanya oleh ALLAH SWT.
Marilah kita berdoa memohon di panjangkan umur agar kita dapat di pertemukan dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

InsyaAllah, pada hari Ahad 21 September 2009 ini kita akan menyambut Hari Raya Adilfitri 1430 Hijrah. Menjadi sunat muakkad (sunat yang dituntut) bagi kita untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat.

Burayaidah R.A berkata : "Adalah Nabi (S.A.W) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga baginda kembali dari solat Eid" hadith riwayat Ibnu Majah, At-Tirmidzi & Ahmad.

Setelah selesai solat 2 rakaat, kunjung mengunjunglah kita sesama kita dan bermaaf-maafanlah antara kita semoga Aidilfitri kali ini di berkati Allah SWT.

Di kesempatan ini, Salam Siakap ingin memohon ampun dan maaf kepada para pembaca umumnya serta followers khasnya sekira terdapat tulisan-tulisan yang telah mengguris hati dan perasaan. Kepada mereka yang pulang berhari raya di kampung tidak kira dekat atau jauh, berhati-hatilah semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan jalanraya. Ingat orang yang tersayang. Akhir kata dari seluruh warga salam siakap :

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"