Tuesday, November 10, 2009

Salam Siakap @ Badminton

Oleh : Hazly

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh. Salam Siakap buat pembaca dan followers semua. Pada kali ini Salam Siakap kembali dengan aksi di gelanggang luar dari biasa iaitu gelanggang badminton. Bertempat di WeMaster Badminton Centre, Wangsa Maju pada hari Isnin 9 November 2009 tepat jam 10.30pm, dengan penuh semangat waja (terutama Johar Celoreng) kami melangkah masuk ke gelanggang untuk membuat perhitungan.

Gambar : Pasangan Hazly & Ferry yang cukup kental dan sangat sukar untuk di tewaskan.

Untuk pengetahuan semua, selain memancing kami juga tidak ketinggalan untuk bersukan. Sukan yang menjadi pilihan kami ialah badminton kerana menurut kajian yang telah di lakukan oleh Chris Siakap, permainan badminton dan memancing ada persamaan dari segi teknikal, taktikal, skil dan yang paling penting kedua-dua sukan ini memerlukan tangan. Boleh dikatakan setiap minggu kami bermain badminton cuma tidak pernah kami hebahkan. Di atas permintaan Johar Celoreng, saya selaku editor mencerita dan memaparkan sebahagian gambar aksi sepanjang permainan tersebut.

Gambar : Hazly tetap cool dan maintain dari dulu, kini dan selamanya.

Gambar : Chris & Ronie antara pasangan yang di klasifikasikan sebagai veteran.

Jika sebelum ini kami mengamalkan konsep kongsi dan bayar, berbeza pada kali ini kerana Johar Celoreng telah bermurah hati untuk menaja kami pada malam tersebut bermula dengan sewa gelanggang, shuttlecock dan minuman tenaga 100plus sebanyak 1ctn. Jutaan terima kasih khas buat Johar Celoreng kerana sudi menaja kami. (lain kali belanja laa lagi bro)

Gambar : Johar Celoreng dengan gaya yang bersahaja.

Gambar : Ferry sedang mengkaji corak dan teknik pemain lain.

Kemuncak acara pada malam tersebut adalah memilih pemain terbaik untuk menerima sebuah kereta Porsche Cayman. SSFC (Salam Siakap Fishing Club) dengan murah hati telah menaja kereta tersebut. Pemilihan pemain terbaik berdasarkan undian sms ahli Salam Siakap. Setelah undian di tutup, tiada undian sms tertinggi di catatkan. Ini kerana setiap ahli mengundi untuk diri masing-masing menyebabkan setiap ahli hanya menerima satu undi seorang. Untuk mengelakkan timbul perbalahan mengenai siapa yang layak menerima Porsche Cayman, kesemua pemain telah sepakat untuk mengadakan musyawarah. Setelah mendapat persetujuan semua ahli, Chris Siakap telah dipilih untuk menerima kereta Porsche Cayman berdasarkan faktor umur walaupun pada hakikatnya menurut kata Johar Celoreng dan Ferry Patin, Chris Siakap memang tidak layak untuk mendapatkan kereta tersebut kerana mereka berdua jauh lebih hebat, tangkas permainannya berbanding Chris Siakap. Pujian harus diberikan kepada semua kerana mencapai kata sepakat dalam memilih pemain terbaik tanpa timbul rasa tidak puas hati kerana hubungan silaturrahim mengatasi segala-galanya. Alhamdulillah, Sekian.

Gambar : Chris Siakap bersama Porsche Cayman yang di menanginya.

Monday, November 2, 2009

The Mines

Oleh : Hazly

Assalamualaikum dan salam siakap buat semua. Pada hari Sabtu 30.10.2009 jam 4.45pm yang lalu saya berkesempatan mengunjungi salah seorang ahli asal Salam Siakap iaitu Johar Talapia a.k.a Celoreng di Tasik The Mines yang mana ketika itu beliau sedang sibuk memancing. Beliau di temani adiknya serta Marindha Kaur a.k.a Linda Nexus. Sebenarnya, tasik ini adalah tempat yang di larang memancing di atas sebab yang tidak diketahui. Pun begitu bagi kaki pancing tegar, ianya tidak menjadi halangan untuk menyelinap masuk ke kawasan tersebut.



Sepanjang hampir 2 jam saya berada disana, terdapat ramai kaki pancing yang sedang sibuk dengan reel masing-masing tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Terdapat banyak spesis ikan yang terdapat di tasik ini antaranya Keli, Peacock Bass, Talapia, Koi, dan macam-macam lagi. Saiz Talapia nya sebesar pinggan. Tidak hairan lah mengapa pemancing berada disana sedangkan tempat itu adalah kawasan larangan. (Gambar atas : Adik Johar Celoreng bersama Peacock Bass nya)




Setelah hampir 2 jam, saya terpaksa meninggalkan lokasi kerana ada urusan lain yang perlu di selesaikan. Sepanjang saya di sini, Johar berjaya menaikkan seekor ikan Peacock Bass yang beratnya 1.7kg disamping beberapa ekor ikan keli dan talapia merah menggunakan umpan seperti cacing, dedak dan roti.

Akhir kata, selamat kembali ke "Salam Siakap" buat Johar Talapia a.k.a Celoreng dan Selamat Maju Jaya.