Wednesday, June 9, 2010

Fishing Trip - Coral Fishing Chalet Resort Lumut, Perak

Oleh : Hazly


Salam Ukhuwah dan Salam Sejahtera semua. Kali ini Saya akan mengupas beberapa isu ketika Salam Siakap mengadakan Fishing Trip ke Lumut pada 5-6 Jun 2010 yang lalu. Tarikh asal Trip ini adalah pada 29-30 May 2010, memandangkan ada beberapa ahli kelab yang tidak dapat mengikutinya lalu kami ubah tarikh asalnya.

Gambar : Suhaimi Penghias Majalah Salam Siakap

Mengikut jadual, kami dijangka bertolak dari Kuala Lumpur jam 8.00am tetapi di sebabkan Hasan Berudu gagal hadir sepertimana yang telah di tetapkan, kami bergerak agak lambat iaitu lebih kurang jam 9.15am. Konvoi ke Lumut diketuai oleh Saudara Afiq Buntal yang juga selaku Pengurus Logistik bagi Salam Siakap bergerak dengan kelajuan sederhana melalui jalan lama. Pada hari sebelumnya iaitu hari Jumaat, Presiden dan Timbalan Presiden ii Salam Siakap telah mendahului peserta lain ke Lumut dengan tujuan untuk memeriksa kedalaman, kemasinan dan kewarnaan air di sekitar Coral Fishing Chalet Resort. Pada malam tersebut saya ada menelefon Presiden En.Chris Anuar bertanyakan tentang keadaan sekeliling dan dengan pantas beliau menjawab, kawasan yang menarik. Sempat saya bertanya adakah beliau sudahpun melabuhkan joran, dan dengan pantas juga beliau menjawab "saya baru berjaya menaikkan ikan kerapu seberat 5kg". Saya teruja dengan jawapan yang di berikan walaupun pada hakikatnya saya masih ragu-ragu mengenai berat ikan kerapu tersebut. Bermain-main di fikiran saya "5kg ke 50gram?"

Gambar : Sekitar Chalet yang berhadapan dengan Pulau Pangkor

Berbalik kepada konvoi tadi, kami tiba di Lumut lebih kurang pukul 2pm. Alhamdulillah, nasib kami baik kerana tidak perlu menunggu lama untuk check-in ke chalet kerana chalet yang ditempah telah sedia kosong walaupun waktu check-in adalah jam 3.30pm. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Presiden Salam Siakap En.Chris Anuar dan Timb.Presiden ii En.Fairuz dengan senyuman yang penuh maksud tersirat. Afiq, Steve & Hasan telah di amanahkan untuk keluar mencari umpan di sekitar Lumut. Antara umpan yang dibeli adalah seperti udang hidup, ikan sardin (selayang), sotong dan udang mati.

Gambar : Pemenang Cabutan Bertuah disampaikan Presiden Salam Siakap En.Chris Anuar

Gambar : Pemenang Pertandingan Memancing Salam Siakap Fishing Trip

Untuk memeriahkan lagi suasana trip, kami membuat satu pertandingan memancing antara ahli yang mana tempat pertama di menangi oleh Steve Rohu, tempat kedua Hazly, tempat ketiga Suheiman Tongsan manakala pemenang hadiah ikan terpantas di menangi oleh Suhaimi Baung. Kemuncak acara trip pada hari tersebut adalah 10 cabutan bertuah berupa hamper.

Gambar : Antara peserta yang mengikuti trip

Gambar : Peserta sedang menikmati sarapan pagi




Gambar : Antara gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera editor

keseluruhan trip berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun sasaran untuk menaikkan ikan yang besar saiznya tidak berjaya. Penghargaan dan jutaan terima kasih amnya diucapkan kepada seluruh warga serta Pihak Pengurusan Salam Siakap amnya kerana telah berjaya menganjurkan trip pada kali ini. Salam Siakap dalam perancangan untuk menjayakan satu lagi trip memancing ke Fishing Bay Johor tidak lama lagi. Pujian harus di berikan kepada Presiden Salam Siakap En.Chris Anuar, Timb. Presiden i En.Hazly, Timb. Presiden ii En. Fairuz dan Event Manager En. John Wayne kerana berjaya memastikan aturcara trip berjalan lancar.

Hingga bertemu dilain trip. Salam Ukhuwah dan Salam Siakap dari kami.