Salam Siakap buat pembaca sekalian. Terlebih dahulu 'Salam Siakap' ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" kepada seluruh umat Islam. Bulan yang penuh keberkatan, bulan mengejar pahala berganda. Sebagai umat islam kita wajib berpuasa sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Berbalik kepada destinasi salam siakap, semalam adalah edisi penutup di kolam Sungai Long sempena
menyambut bulan Ramadhan esok. Salam Siakap akan bercuti selama sebulan bagi menghormati bulan puasa juga untuk memberikan lebih waktu bagi warga salam siakap meningkatkan amal ibadat. Walaubagaimanapun, blog ini akan di kemaskini dari masa ke semasa dengan Tazkirah Ramadhan serta lain-lain bentuk Ilmiah untuk di kongsi bersama.
Semalam,tepat jam 9.17pm, kami berjalan memasuki kawasan kolam. Menariknya pada kali ini adalah, Chris Siakap kembali ke pangkal jalan untuk menyertai kami setelah agak lama bercuti. Hujan renyai-renyai dan kadang kala lebat tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan tujuan.
Setelah 2 jam setengah berlalu, Ferry memecah kesunyian malam dengan menaikkan Siakap seberat 1.8kg di bantu "Rod Intima serta Reel Daiwa" yang di pinjam daripada Hazly. Ferry tersenyum puas kerana akhirnya berjaya menaikkan Siakap. Ini adalah Siakap pertama yang Ferry dapat sepanjang hidupnya. Tidak hairanlah kenapa Ferry begitu gembira dan puas pada malam tersebut.
Dalam waktu yang hampir tamat, "Intima dan Abu Garcia" Hazly di rentap Siakap. Bagi yang berpengalaman macam Hazly, tiada masalah untuk menaikkan Siakap tersebut. Dalam masa kurang 5 minit Siakap 2.3kg berjaya di tumpaskan oleh Hazly. Ini bukanlah Siakap pertama yang Hazly dapat, beliau sudah biasa dengan mainan siakap ini dan tidak keterlaluan jika di katakan yang beliau adalah 'Pakar Siakap' di antara ahli Salam Siakap ini.
Agak malang bagi Chris, apabila pulang dengan tangan kosong. Pun begitu, Chris masih lagi menyimpan cita-cita untuk menaikkan Siakap satu hari nanti. Beliau masih tidak berputus asa dalam misi memburu siakap. Semangat tidak berputus asa yang ada dalam diri Chris haruslah di puji dan di teladani.
Akhir kata, Salam Siakap mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada seluruh warga Salam Siakap semoga puasa pada tahun ini adalah puasa yang terbaik dari puasa yang sebelumnya. Hingga berjumpa di lain waktu. "Salam Ramadhan".
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hallu everybody...
ReplyDeletekorg jgn risau, Fairuz Puyu sudah konfem bebas dr H1N1... hahaha...
chris tu kene tunggu aku dpt lesen mmancing balik baru blh melunaskan dendam kesumat siakap... hehehe
Selamat Myambut Ramadan Al-Mubarak...
Puase tau, jgn x puase.
Memang best giler layan tarikan siakap ni..dia punya tarik tak sama cam ikan pacu or patin..puas! puas! dan puas! itulah gambaran yang dapat terjemahkan bagaimana rasanya dapat tarik siakap..
ReplyDeleteassalamualaikum..cayalah bro.. aku pun layan siakap gak..kalau free jenguk2lah kat blog aku. http://barramundianglers.blogspot.com kita bleh kongsi pendapat.. apa2 pun selamat hari raya..
ReplyDelete