Oleh : Hazly
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh. Salam Siakap buat pembaca dan followers semua. Pada kali ini Salam Siakap kembali dengan aksi di gelanggang luar dari biasa iaitu gelanggang badminton. Bertempat di WeMaster Badminton Centre, Wangsa Maju pada hari Isnin 9 November 2009 tepat jam 10.30pm, dengan penuh semangat waja (terutama Johar Celoreng) kami melangkah masuk ke gelanggang untuk membuat perhitungan.
Gambar : Pasangan Hazly & Ferry yang cukup kental dan sangat sukar untuk di tewaskan.
Untuk pengetahuan semua, selain memancing kami juga tidak ketinggalan untuk bersukan. Sukan yang menjadi pilihan kami ialah badminton kerana menurut kajian yang telah di lakukan oleh Chris Siakap, permainan badminton dan memancing ada persamaan dari segi teknikal, taktikal, skil dan yang paling penting kedua-dua sukan ini memerlukan tangan. Boleh dikatakan setiap minggu kami bermain badminton cuma tidak pernah kami hebahkan. Di atas permintaan Johar Celoreng, saya selaku editor mencerita dan memaparkan sebahagian gambar aksi sepanjang permainan tersebut.
Gambar : Chris & Ronie antara pasangan yang di klasifikasikan sebagai veteran.
Jika sebelum ini kami mengamalkan konsep kongsi dan bayar, berbeza pada kali ini kerana Johar Celoreng telah bermurah hati untuk menaja kami pada malam tersebut bermula dengan sewa gelanggang, shuttlecock dan minuman tenaga 100plus sebanyak 1ctn. Jutaan terima kasih khas buat Johar Celoreng kerana sudi menaja kami. (lain kali belanja laa lagi bro)
Gambar : Johar Celoreng dengan gaya yang bersahaja.
Gambar : Ferry sedang mengkaji corak dan teknik pemain lain.
Kemuncak acara pada malam tersebut adalah memilih pemain terbaik untuk menerima sebuah kereta Porsche Cayman. SSFC (Salam Siakap Fishing Club) dengan murah hati telah menaja kereta tersebut. Pemilihan pemain terbaik berdasarkan undian sms ahli Salam Siakap. Setelah undian di tutup, tiada undian sms tertinggi di catatkan. Ini kerana setiap ahli mengundi untuk diri masing-masing menyebabkan setiap ahli hanya menerima satu undi seorang. Untuk mengelakkan timbul perbalahan mengenai siapa yang layak menerima Porsche Cayman, kesemua pemain telah sepakat untuk mengadakan musyawarah. Setelah mendapat persetujuan semua ahli, Chris Siakap telah dipilih untuk menerima kereta Porsche Cayman berdasarkan faktor umur walaupun pada hakikatnya menurut kata Johar Celoreng dan Ferry Patin, Chris Siakap memang tidak layak untuk mendapatkan kereta tersebut kerana mereka berdua jauh lebih hebat, tangkas permainannya berbanding Chris Siakap. Pujian harus diberikan kepada semua kerana mencapai kata sepakat dalam memilih pemain terbaik tanpa timbul rasa tidak puas hati kerana hubungan silaturrahim mengatasi segala-galanya. Alhamdulillah, Sekian.
No comments:
Post a Comment