Tuesday, December 29, 2009

Fairuz

Oleh : Hazly
29 Dec. 2009 | 12 Muharram 1431h

Salam Ukhuwah buat pembaca semua. Masih belum terlambat buat seluruh warga Salam Siakap untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ifa Nemo. Alhamdulillah semoga berbahagia dan kekal hingga hujung hayat. Salam Siakap juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Fairuz Pacu@Puyu kerana telah menerima seorang Putera seberat 3.07kg. Syukur Alhamdulillah kerana kedua-duanya selamat. Kepada Fairuz, anak ibarat kain putih maka anda lah yang akan mencorak dan melukis sama ada corak dan lukisannya menjadi cantik atau sebaliknya. Sekiranya anda melukis ikan dan pancing, maka tak syak lagi anak anda akan menjadi seorang kaki pancing suatu masa kelak.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah tentang kegembiraan Fairuz. Kegembiraan pertama adalah kerana menjadi seorang Bapa manakala kegembiraan kedua adalah kerana beliau telah merdeka dari segala pantang larang yang hampir 9 bulan menghantuinya. Untuk melepaskan gian Fairuz, maka semalam (28.12.09) bersama Hazly dan Ferry, kami menjamu umpan di Subang Jaya. Ini adalah ujian pertama yang Fairuz terpaksa hadapi selepas sekian lama berehat.
Setelah hampir 3 jam, ternyata skill Fairuz masih belum hilang. Alhamdulillah, Fairuz berjaya mendapat lesen dengan menaikkan Keli hampir 3kg beratnya beserta Pacu yang juga ikan kegemaran Fairuz. Terpancar jelas kegembiraan di wajah Fairuz setelah agak lama berehat sehinggakan kegembiraan Fairuz dicemburui Ferry. Ferry cemburu bukanlah kerana beliau tidak berjaya menaikkan ikan tetapi beliau cemburu dengan senyuman Fairuz. Jauh di sudut hati kecil Ferry berkata "kenapalah aku tak bole senyum macam Fairuz?" Saya tidak akan merungkai persoalan tersebut walaupun saya mempunyai jawapan. Dan saya yakin dan pasti mereka yang mengenali Ferry pun mempunyai jawapannya.

Gambar : Fairuz tersenyum lebar dengan hasilnya setelah hampir 9 bulan berehat

Kepada Fairuz, ujian kedua menanti anda pada malam esok (30.12.09). Ujian yang saya namakan "Ujian Siakap Sungai Long"

Semoga Berjaya!!!