Tuesday, March 30, 2010

Pertandingan Memancing - Seri Bayu Tekala, Semenyih


Oleh : Hazly


Salam Ukhuwah buat pembaca sekalian. Terima kasih kepada followers yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Semoga paparan di blog ini menjadikan kita lebih mengenali antara bloggers semua dan inilah tujuan blog ini di tubuhkan.

Pada 14.03.2010 yang lalu bertempat di Seri Bayu Tekala, Semenyih, satu pertandingan memancing telah diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-9 kolam tersebut. Kami tidak melepaskan peluang untuk menyertai dan berangan-angan untuk merebut tempat pertama yang merupakan hadiah wang tunai sebanyak RM40 ribu.


Gambar : Fairuz Pacu menjadi penghias muka depan Majalah Salam Siakap.


Seawal jam 6 pagi kami bertolak dari KL dengan 3 buah kereta dengan harapan setinggi gunung terutama Fairuz Pacu untuk memenangi hadiah utama atau setidak-tidaknya tempat yang ke-30.

Gambar : Linda Sepat bersama Shaipul Belida.


Sebaik tiba di Seri Bayu, ribuan kaki pancing telahpun memenuhi segenap sudut kolam. Sebanyak 7 kolam dibuka untuk pertandingan. Kami tidak menghadapi masalah untuk mencari port kerana kami telah pun memasang pacang sehari sebelum pertandingan.

Gambar : Ferry tidak dapat menerima kenyataan yang "umpan jampi" nya tidak menjadi.


Tepat jam 8 pagi, siren dibunyikan menandakan bermulanya pertandingan memancing. Tanpa membuang masa, kami terus melempar joran kedalam kolam. Antara umpan yang kami gunakan adalah dedak, roti dan tauhu. Kesemua umpan kami telah pun di jampi oleh Ferry Patin. Mungkin Ferry Patin terlebih jampi menyebabkan umpan kami hanya di perhatikan oleh ikan-ikan dalam kolam tersebut.

Gambar : Fairuz Pacu melangkah longlai untuk berangkat pulang.

Gambar : Suasana di hari pertandingan.

Umpan yang kami gunakan telah pun mendapat kelulusan daripada Chris Siakap. Chris Siakap merupakan pakar umpan dan beliau juga adalah penasihat umpan bagi Salam Siakap Members. Agak malang kerana umpan kami tidak berjaya menawan ikan-ikan di Seri Bayu Tekala. Hanya Linda Sepat berjaya menaikkan ikan lampam sebesar tapak tangan tapi sayang, terkeluar dari ranking pertandingan.


Gambar : Antara pose yang paling menarik daripadaFairuz Pacu.

Gambar : Chris Siakap (topi merah) memerhati gelagat kaki pancing lain.

Pada keseluruhannya, pertandingan memancing pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Walaupun kami gagal untuk memenangi sebarang hadiah, kami tetap berpuas hati dan terhibur dengan gelagat para kaki pancing. Boleh di katakan kesemua kaki pancing cukup sporting dan inilah yang kita mahukan dan harapkan oleh kesemua pemancing sewaktu pertandingan.


Video : Antara Ikan Patin yang berjaya di naikkan.


Semoga bertemu di lain waktu. Salam Ukhuwah, Salam Siakap dan Assalamualaikum.