Tuesday, November 10, 2009

Salam Siakap @ Badminton

Oleh : Hazly

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh. Salam Siakap buat pembaca dan followers semua. Pada kali ini Salam Siakap kembali dengan aksi di gelanggang luar dari biasa iaitu gelanggang badminton. Bertempat di WeMaster Badminton Centre, Wangsa Maju pada hari Isnin 9 November 2009 tepat jam 10.30pm, dengan penuh semangat waja (terutama Johar Celoreng) kami melangkah masuk ke gelanggang untuk membuat perhitungan.

Gambar : Pasangan Hazly & Ferry yang cukup kental dan sangat sukar untuk di tewaskan.

Untuk pengetahuan semua, selain memancing kami juga tidak ketinggalan untuk bersukan. Sukan yang menjadi pilihan kami ialah badminton kerana menurut kajian yang telah di lakukan oleh Chris Siakap, permainan badminton dan memancing ada persamaan dari segi teknikal, taktikal, skil dan yang paling penting kedua-dua sukan ini memerlukan tangan. Boleh dikatakan setiap minggu kami bermain badminton cuma tidak pernah kami hebahkan. Di atas permintaan Johar Celoreng, saya selaku editor mencerita dan memaparkan sebahagian gambar aksi sepanjang permainan tersebut.

Gambar : Hazly tetap cool dan maintain dari dulu, kini dan selamanya.

Gambar : Chris & Ronie antara pasangan yang di klasifikasikan sebagai veteran.

Jika sebelum ini kami mengamalkan konsep kongsi dan bayar, berbeza pada kali ini kerana Johar Celoreng telah bermurah hati untuk menaja kami pada malam tersebut bermula dengan sewa gelanggang, shuttlecock dan minuman tenaga 100plus sebanyak 1ctn. Jutaan terima kasih khas buat Johar Celoreng kerana sudi menaja kami. (lain kali belanja laa lagi bro)

Gambar : Johar Celoreng dengan gaya yang bersahaja.

Gambar : Ferry sedang mengkaji corak dan teknik pemain lain.

Kemuncak acara pada malam tersebut adalah memilih pemain terbaik untuk menerima sebuah kereta Porsche Cayman. SSFC (Salam Siakap Fishing Club) dengan murah hati telah menaja kereta tersebut. Pemilihan pemain terbaik berdasarkan undian sms ahli Salam Siakap. Setelah undian di tutup, tiada undian sms tertinggi di catatkan. Ini kerana setiap ahli mengundi untuk diri masing-masing menyebabkan setiap ahli hanya menerima satu undi seorang. Untuk mengelakkan timbul perbalahan mengenai siapa yang layak menerima Porsche Cayman, kesemua pemain telah sepakat untuk mengadakan musyawarah. Setelah mendapat persetujuan semua ahli, Chris Siakap telah dipilih untuk menerima kereta Porsche Cayman berdasarkan faktor umur walaupun pada hakikatnya menurut kata Johar Celoreng dan Ferry Patin, Chris Siakap memang tidak layak untuk mendapatkan kereta tersebut kerana mereka berdua jauh lebih hebat, tangkas permainannya berbanding Chris Siakap. Pujian harus diberikan kepada semua kerana mencapai kata sepakat dalam memilih pemain terbaik tanpa timbul rasa tidak puas hati kerana hubungan silaturrahim mengatasi segala-galanya. Alhamdulillah, Sekian.

Gambar : Chris Siakap bersama Porsche Cayman yang di menanginya.

Monday, November 2, 2009

The Mines

Oleh : Hazly

Assalamualaikum dan salam siakap buat semua. Pada hari Sabtu 30.10.2009 jam 4.45pm yang lalu saya berkesempatan mengunjungi salah seorang ahli asal Salam Siakap iaitu Johar Talapia a.k.a Celoreng di Tasik The Mines yang mana ketika itu beliau sedang sibuk memancing. Beliau di temani adiknya serta Marindha Kaur a.k.a Linda Nexus. Sebenarnya, tasik ini adalah tempat yang di larang memancing di atas sebab yang tidak diketahui. Pun begitu bagi kaki pancing tegar, ianya tidak menjadi halangan untuk menyelinap masuk ke kawasan tersebut.



Sepanjang hampir 2 jam saya berada disana, terdapat ramai kaki pancing yang sedang sibuk dengan reel masing-masing tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Terdapat banyak spesis ikan yang terdapat di tasik ini antaranya Keli, Peacock Bass, Talapia, Koi, dan macam-macam lagi. Saiz Talapia nya sebesar pinggan. Tidak hairan lah mengapa pemancing berada disana sedangkan tempat itu adalah kawasan larangan. (Gambar atas : Adik Johar Celoreng bersama Peacock Bass nya)




Setelah hampir 2 jam, saya terpaksa meninggalkan lokasi kerana ada urusan lain yang perlu di selesaikan. Sepanjang saya di sini, Johar berjaya menaikkan seekor ikan Peacock Bass yang beratnya 1.7kg disamping beberapa ekor ikan keli dan talapia merah menggunakan umpan seperti cacing, dedak dan roti.

Akhir kata, selamat kembali ke "Salam Siakap" buat Johar Talapia a.k.a Celoreng dan Selamat Maju Jaya.

Wednesday, September 30, 2009

Salam Siakap

Oleh : Hazly

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh dan Salam Sejahtera buat semua followers dan pembaca blog ini. Setelah hampir sebulan lebih bercuti dari memancing, kini warga salam siakap kembali. Terbaru dan terkini pada hari Sabtu 26.09.2009 bertempat di Taman Pelangi, Sentul. Habuan yang kami dapat pada hari tersebut adalah Siakap Merah atau dalam nama saintifik nya "Lates Calcarifer @ Barramundi". Kami memohon maaf kerana tidak dapat memuat turun gambar pada hari itu disebabkan masalah teknikal. Kami akan memuat turun gambar-gambar tersebut dalam masa terdekat.

Walaupun bahang suasana Hari Raya masih lagi terasa, salam siakap telah dan sedang dalam proses menyusun kalendar untuk aktiviti memancing. Antara tempat yang bakal kami kunjungi adalah seperti Kolam Air Masin Rawang, Kolam Air Masin Desa Aman, Kelong Paradise Waterfront Sabak Bernam, Selat Melaka dan Tasik Bera Pahang. Kami akan hebahkan dari masa ke semasa mengenai aktiviti salam siakap untuk tatapan pembaca amnya dan followers khasnya.

Akhir kata, kepada semua followers jangan lupa hari sabtu ni 03.10.09 ke rumah terbuka salah seorang warga salam siakap iaitu Cik Ifa Nemo (bulan 12 jadi puan). Kita akan berkumpul di Plaza Mont Kiara jam 1pm sebelum beramai-ramai kita serbu ke rumah Cik Ifa Nemo. Untuk maklumat lanjut mengenai trip ke "Rumah Terbuka Ifa Nemo" bolehlah emailkan kepada En. Fairuz Puyu a.k.a Pacu di zeus81_virus@yahoo.com untuk mendapatkan pelan kerumah Cik Ifa Nemo kita.

Sekian, Wassalam.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah

Oleh : Hazly

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, Syawal pula bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi mereka yang cintakan pahala dan mengerti serta memahami keberkatan bulan seribu bulan (Ramadhan) ini menangis kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan Ramadhan Al-Mubarak manakala bagi mereka yang tidak mengetahui keajaiban Ramadhan begitu gembira dengan kehadiran 1 Syawal. Setiap bulan yang ALLAH SWT jadikan mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri cuma bulan Ramadhan ini adalah bulan yang istimewa kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan di gandakan pahalanya oleh ALLAH SWT.
Marilah kita berdoa memohon di panjangkan umur agar kita dapat di pertemukan dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

InsyaAllah, pada hari Ahad 21 September 2009 ini kita akan menyambut Hari Raya Adilfitri 1430 Hijrah. Menjadi sunat muakkad (sunat yang dituntut) bagi kita untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat.

Burayaidah R.A berkata : "Adalah Nabi (S.A.W) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga baginda kembali dari solat Eid" hadith riwayat Ibnu Majah, At-Tirmidzi & Ahmad.

Setelah selesai solat 2 rakaat, kunjung mengunjunglah kita sesama kita dan bermaaf-maafanlah antara kita semoga Aidilfitri kali ini di berkati Allah SWT.

Di kesempatan ini, Salam Siakap ingin memohon ampun dan maaf kepada para pembaca umumnya serta followers khasnya sekira terdapat tulisan-tulisan yang telah mengguris hati dan perasaan. Kepada mereka yang pulang berhari raya di kampung tidak kira dekat atau jauh, berhati-hatilah semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan jalanraya. Ingat orang yang tersayang. Akhir kata dari seluruh warga salam siakap :

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

Friday, August 21, 2009

Salam Siakap Salam Ramadhan

Salam Siakap buat pembaca sekalian. Terlebih dahulu 'Salam Siakap' ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" kepada seluruh umat Islam. Bulan yang penuh keberkatan, bulan mengejar pahala berganda. Sebagai umat islam kita wajib berpuasa sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"



Berbalik kepada destinasi salam siakap, semalam adalah edisi penutup di kolam Sungai Long sempena
menyambut bulan Ramadhan esok. Salam Siakap akan bercuti selama sebulan bagi menghormati bulan puasa juga untuk memberikan lebih waktu bagi warga salam siakap meningkatkan amal ibadat. Walaubagaimanapun, blog ini akan di kemaskini dari masa ke semasa dengan Tazkirah Ramadhan serta lain-lain bentuk Ilmiah untuk di kongsi bersama.

Semalam,tepat jam 9.17pm, kami berjalan memasuki kawasan kolam. Menariknya pada kali ini adalah, Chris Siakap kembali ke pangkal jalan untuk menyertai kami setelah agak lama bercuti. Hujan renyai-renyai dan kadang kala lebat tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan tujuan.
Setelah 2 jam setengah berlalu, Ferry memecah kesunyian malam dengan menaikkan Siakap seberat 1.8kg di bantu "Rod Intima serta Reel Daiwa" yang di pinjam daripada Hazly. Ferry tersenyum puas kerana akhirnya berjaya menaikkan Siakap. Ini adalah Siakap pertama yang Ferry dapat sepanjang hidupnya. Tidak hairanlah kenapa Ferry begitu gembira dan puas pada malam tersebut.

Dalam waktu yang hampir tamat, "Intima dan Abu Garcia" Hazly di rentap Siakap. Bagi yang berpengalaman macam Hazly, tiada masalah untuk menaikkan Siakap tersebut. Dalam masa kurang 5 minit Siakap 2.3kg berjaya di tumpaskan oleh Hazly. Ini bukanlah Siakap pertama yang Hazly dapat, beliau sudah biasa dengan mainan siakap ini dan tidak keterlaluan jika di katakan yang beliau adalah 'Pakar Siakap' di antara ahli Salam Siakap ini.


Agak malang bagi Chris, apabila pulang dengan tangan kosong. Pun begitu, Chris masih lagi menyimpan cita-cita untuk menaikkan Siakap satu hari nanti. Beliau masih tidak berputus asa dalam misi memburu siakap. Semangat tidak berputus asa yang ada dalam diri Chris haruslah di puji dan di teladani.



Akhir kata, Salam Siakap mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada seluruh warga Salam Siakap semoga puasa pada tahun ini adalah puasa yang terbaik dari puasa yang sebelumnya. Hingga berjumpa di lain waktu. "Salam Ramadhan".

Sunday, August 16, 2009

Kolam HM Eco Resort

Salam Siakap buat pembaca semua. Minggu ini Salam Siakap akan membawa anda ke sebuah kolam yang di beri nama HM Eco Resort. Kolam ini terletak di Pinggiran Putra berhampiran PICC Putrajaya. Suasana kolam ini begitu menarik dan indah. Ianya dilengkapi dengan restoran, surau yang selesa untuk solat dan macam-macam lagi. Kolam ikan air tawar ini menghidangkan spesis ikan seperti Tongsan, Rohu, Jelawat, Patin dan beberapa spesis ikan air tawar lagi. Kolam ini di buka 24 jam sehari. Ada pakej menarik menanti pemancing setiap hari Ahad.


Ini adalah sebahagian pemandangan di kolam HM Eco Resort. Kami kesini sebenarnya bukanlah di rancang. Kami sebenarnya ada misi yang lebih penting iaitu memenangi RM 20,000 pertandingan memancing di MAEPS Serdang. Di atas kegagalan Ferry Patin untuk menepati masa, kami gagal untuk mengikuti pertandingan tersebut. Di sebabkan itu jugalah, kami merayau-rayau mencari lokasi untuk memancing dan akhirnya kami terjumpa HM Eco Resort ni.

Bayaran yang di kenakan adalah sebanyak RM 20 untuk sebatang joran selama 4 jam memancing. Disebabkan panas terik, kami tidak berjaya mendapat habuan pada hari tersebut. Pun begitu, kami akan kembali ke HM Eco Resort ini pada sebelah malam, kerana menurut pemancing di sini, kebiasaan ikan di sini makan pada waktu malam. Jadi kami akan kembali untuk menawan kolam ini di lain hari.

Ferry Patin berposing dengan muka yang tension kerana umpan nya belum di jamah ikan di bawah panas terik matahari yang membakar.

Hazly Toman tetap maintain berposing dengan Rod "Intima" dan Reel "Abu Garcia" nya.




Saturday, August 8, 2009

Kolam Siakap Sungai Long

Inilah kolam air masin sungai long, kajang..bayar je RM 30 dapat mancing 3 jam, takde deposit..kalo rasa tak cukup 3 jam, tambah je RM 10 satu jam. Ni first time aku datang sini, tengok dekat malaysian fishing net pastu terus datang dengan abah aku, kebetulan abah aku ada kat kl skang ni..

Peace no war, just war againts Siakap..ni tengah tunggu rentapan si siakap..

Mangsa pertama siakap putih 2.1kg..dia punya tarik memang best dan ganas..nasib baik rod brand "Intima" beserta reel "Abu Garcia" dapat menahan penangan siakap ni..berjaya jugak akhirnya..


Inilah Ayahanda tercinta..aku bawak abah aku try kolam kat kl plak..


Kali ke-2 dapat tarik siakap..pergh!! memang best layan siakap besar ni..dia punya tarik memang dasyat..rugi laa sape yang tak join, bertambah rugi bagi mereka yang nak join tapi tak bole di sebabkan pantang larang orang-orang tua..memang rugi besar..


Suasana malam di kolam sungai long..


Ni anak siakap merah menurut Abah aku laa sebab kalo tengok dari dekat memang ada tompok merah kat badan dia..aku pun taktau macam mana boleh sangkut kat joran Abah aku ni..kecik je ikan ni tapi ganas..kat kolam ni memang ada siakap merah tapi jarang orang dapat sebab susah sangat nak mancing ikan ni..tapi mengikut sejarah siakap, antara 3 spesis siakap, siakap merah yang paling susah di buru dan jugak susah untuk di jinakkan..siakap merah memang terkenal dengan rentapan ganas..kalo dekat "kolam 8 pari" di pengkalan chepa, kelantan memang banyak siakap merah..pakai umpan ikan sardin je..ada masa nanti "salam siakap" akan buat trip ke sana.


Ni laa habuan 3 jam mancing kat kolam ni..Alhamdulillah..yang pastinya aku akan kembali lagi ke kolam ni..nak pancing siakap ni, ada petua..petua dia adalah :
1- kene pegi kolam atau mana-mana tempat yang di yakini ada siakap sebab kat rumah memang tak bole mancing kecuali dalam akuarium dan yang paling penting kena BEBAS DARI PANTANG LARANG (p/s: bro Fairuz Puyu a.k.a Pacu jangan marah ya!!)
2- kene bawak joran dengan reel sekali sebab siakap tak bole dapat kalo pakai tangan je.
3- kene ada tali, mata kail dan sebagainya.
4- WAJIB ada umpan, kalo takde umpan macam mana siakap nak makan.