Monday, August 2, 2010

Happy Birthday Salam Siakap

Oleh : Hazly


Salam Ukhuwah buat pembaca semua. Pada 30 Julai 2010 yang lalu, genap setahun blog Salam Siakap. "Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama" Semoga blog ini akan terus bersaing di alam siber ini.

Bermula dengan newsletter yang pertama pada 26 Jun 2009 di ikuti newsletter yang ke-2 dan ke-3 seterusnya Salam Siakap melangkah ke hadapan dengan membina blog ini bagi menggantikan newsletter. Entiti pertama blog ini di bawah tajuk "Pengenalan Kepada Salam Siakap" di sunting pada 30 Julai 2009. Ahli Salam Siakap yang pada mulanya hanya 6 orang kini telah bertambah kepada hampir 20 orang. Satu pencapaian yang agak membanggakan memandangkan keseluruhan ahli Salam Siakap boleh di kategorikan sebagai "beginner" dalam sukan memancing ini. Sepanjang setahun tertubuhnya kelab ini, pelbagai aktiviti telah kami sertai antaranya pertandingan memancing selain menjelajah kolam ke kolam beserta empangan, tasik, dan sebagainya. Satu pencapaian yang tidak dapat di lupakan adalah "Salam Siakap Fishing Trip" ke Lumut Perak pada bulan Jun yang lalu. Trip tersebut telah di taja oleh SHF Catering Services (M) Sdn Bhd. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Presiden Salam Siakap Encik Chris Anuar Abdullah dan Pengurus Event Salam Siakap Saudara John Wayne kerana telah berjaya mendapatkan penaja untuk merealisasikan trip tersebut.

Setelah setahun, Salam Siakap kini berada di Facebook. Di kesempatan ini, saya wakil dari Salam Siakap ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada followers semua kerana sudi mengikuti perkembangan blog Salam Siakap. InsyaAllah, blog ini akan sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa.

Akhir kata, "Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama" semoga Salam Siakap akan terus ke hadapan.

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. waaa... pejamcelik2, tau2 dah stahun dah yer...
    anyway, heppi besday 2 salam siakap =)
    semoga ikatan psahabatan yg terjalin dlm geng salam siakap ni akan bkekalan shingga ke jinjang pelamin...
    eh, silap...
    semoga bkekalan buat selama-lamanye... ;)

    ReplyDelete
  2. "Happy Birthday to Salam Siakap" semoga terus sukses dalam berkongsi cerita berkenaan sukan memancing. Well done!!

    ReplyDelete
  3. Salam kenal!
    Apa kalian mau berbagi video2, foto2 dan info tentang memancing ikan dengan gampang? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)
    Jika ada pertanyaan tolong hubungi saya di: dewi.aja@kumpulbagi.com

    ReplyDelete