Tuesday, February 9, 2010

Pertandingan Memancing - Taman Tasik Titiwangsa

Oleh : Hazly

Salam Ukhuwah buat semua buat warga Salam Siakap dan followers semua. Pada kali ini Salam Siakap ingin berkongsi cerita tentang pertandingan memancing yang telah di adakan di Taman Tasik Titiwangsa pada 07.02.10 yang lalu. Pertandingan ini di adakan sempena sambutan Hari Wilayah.

Seawal jam 7 pagi kami (Hazly, Fairuz, Chris & Ferry) telah pun berada di lokasi mencari port untuk melabuhkan joran. Agak malang kerana kesemua port yang berpotensi untuk menaikkan ikan besar telahpun di penuhi lautan manusia. Ada yang berkhemah di sekeliling tasik berkenaan malah ada yang telahpun mencuba umpan atau lebih tepat lagi memancing sebelum pertandingan di mulakan walaupun jelas terdapat syarat di dalam borang penyertaan menyatakan tidak di benarkan meletak pacang sebelum jam 8 pagi. Sebagai cadangan, mungkin pihak penganjur boleh menetapkan syarat iaitu peserta tidak dibenarkan masuk ke kawasan tasik sebelum jam 7 pagi pada tahun depan.


Gambar : Sekitar Taman Tasik Titiwangsa

Tepat jam 9 pagi siren di bunyikan menandakan bermulanya pertandingan memancing. Tanpa berlengah, kami semua melabuhkan joran masing-masing untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM5000. Insan yang paling bersemangat pada hari tersebut adalah Fairuz dengan topi yang ala-ala Jason Mraz. Macam-macam umpan (dedak) yang beliau campurkan (kononnya ramuan terbaik) untuk memenangi hadiah utama.

Gambar : Fairuz dengan penuh konsentrasi (macam pegi picnic tepi pantai je)

Keseronokan memancing mulai hilang apabila tersangkut dengan rumpai yang terlalu banyak dalam tasik tersebut. Mungkin di masa hadapan, pihak penganjur boleh mencari jalan untuk membersihkan rumpai tersebut agar memberi lebih keselesaan kepada para peserta. Kalau rumpai terbanyak yang dipertandingkan pada hari tersebut, nescaya Fairuz adalah pemenangnya kerana beliau lah yang paling banyak mendapat rumpai. Pun begitu, tahniah di ucapkan kepada Fairuz kerana berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah.

Gambar : Pasangan Abang Adik (Chris & Ferry)

Gambar : Fairuz bersama hadiah cabutan bertuah (2 botol kicap Jalen)

Gambar : Chris bersama hadiah mainan kepunyaan Hazly

Gambar : Hazly tetap bergaya walaupun tidak berjaya.

Keseluruhan pertandingan berjalan lancar walaupun jumlah tangkapan ikan tidak begitu banyak. Walaupun kami tewas, namun kami tetap berpuas hati kerana semuanya telah ditentukan Allah. Mungkin rezeki kami berada di Tasik Cyberjaya pada 21.02.10 (Juara RM 40 ribu) ataupun berada di Seri Bayu Tekala, Semenyih pada 28.02.10 (Juara RM 36 ribu). Sehingga bertemu di lain waktu. Kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada followers semua yang sudi menjenguk blog ini. Harapan kami agar anda dapat memberi komen untuk kami memperbaiki isi kandungan blog ini dari semasa ke semasa.

Assalamualalaikum.

2 comments:

  1. Salam buat sume...
    bro.. hr tu aku cume bwk dedak wangi jer ah...
    mayb lepas ni aku kene bwk dedak hanyir/busuk/masam/tengik ala2 ketiak ferry skali...hahaha

    ReplyDelete
  2. Kalo nak lebih mujarab, ko amik dedak tu ko lumur kt ketiak budak kecik takpun ko mintak je bulu ketiak budak kecik sikit pastu blender campur ngn dedak.

    ReplyDelete