Wednesday, February 24, 2010

Pertandingan Memancing - Tasik Cyberjaya


Oleh : Hazly

Salam Ukhuwah dan Salam Siakap buat semua pembaca. Kali ini saya ingin berkongsi corat coret geng salam siakap sepanjang pertandingan memancing yang telah diadakan pada 21.02.2010 bertempat di Tasik Cyberjaya. Seramai 6 orang ahli salam siakap yang turun untuk merebut hadiah pertama berupa wang tunai RM 40 ribu. Mereka adalah Chris Siakap (pengasas salam siakap), Fairuz Pacu, Ferry Patin, Linda Sepat, Hasan Berudu dan Hazly Toman (editor salam siakap). Lebih kurang jam 7.30 pagi kami tiba di lokasi dan kami dapati Tasik Cyberjaya telah pun di penuhi dengan ribuan kaki pancing. Kami bernasib baik kerana sehari sebelum pertandingan, Ferry Patin telah pun meletakkan pacang untuk kami semua.


Gambar : Kawasan Tasik Cyberjaya

Dua jam pertama memancing agak membosankan kerana port yang Ferry Patin pilih tidak memberi keselesaan kepada kami kerana banyak rumpai serta kerap kali tersangkut dengan pemancing lain terutama Chris Siakap. Setelah mendapat kata sepakat, kami semua bergerak mencari port lain.

Gambar Atas : Dari kiri, Linda Sepat, Fairuz Pacu, Hazly Toman,Chris Siakap & Ferry Patin
Gambar Bawah : Port ke-2 kami

Pertandingan tamat tepat jam 2 petang. Walaupun kami gagal untuk membawa pulang sebarang hadiah, namun kami puas. Sudah tertulis bukan rezeki kami pada hari tersebut. Cuaca panas terik tidak menghalang keseronokan kami untuk mencuba di lain waktu. Sejumlah 1500 peserta yang menyertai pertandingan memancing kali ini, satu jumlah yang agak ramai. Hanya 19 ekor ikan sahaja yang dapat dinaikkan walaupun pihak penganjur menyediakan hadiah hingga ke tempat 30. Hadiah khas ikan keli juga tidak di menangi sesiapa. Keseluruhan pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak di ingini.

Gambar : Dari kiri, Linda Sepat, Mek Iza, Fairuz Pacu, Ferry Patin bersama aweknya Teryz

Gambar : Ahli Salam Siakap yang menyertai pertandingan kali ini

Gambar : Teryz bersama Linda Sepat

Gambar : Chris Siakap sedang memikirkan tentang hadiah RM 40 ribu

Align Center
Gambar : Hasan Berudu juga dikenali sebagai Bomoh Siam

Gambar : Hazly Toman bersama Fairuz Pacu di bawah panas terik matahari

Gambar : Fairuz Pacu sempat tidur sementara menunggu umpan dijamah ikan

Salam Siakap ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang pertama yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 40 ribu dengan tangkapan ikan patin seberat 5.75kg iaitu saudara Bulan. Saudara Bulan juga merupakan kawan kepada salah seorang ahli Salam Siakap iaitu Ferry Patin.

Salam Siakap mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Jumaat 26.02.2010. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi yang kita kasihi Nabi Muhammad S.A.W

Sehingga bertemu di lain waktu. Salam Siakap dari saya selaku editor untuk blog ini.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. ko ni mmg zalim ah...
    gambar yg last tu xpatut masuk blog ni tau...
    lucah sungguh gambar tu...

    ReplyDelete
  2. Aku tengok biasa je. Ko tu yang otak lucah. ok apa gamba tu.

    ReplyDelete