Friday, May 14, 2010

Amidi Penghias Majalah

Oleh : Hazly


Salam Ukhuwah dan Salam Siakap semua. Bertemu kembali di laman sesawang dengan isu yang sedang hangat diperkatakan oleh seluruh ahli Salam Siakap berkenaan Amidi.

Gambar : Amidi sebagai penghias muka depan majalah Salam Siakap


Amidi (nama sebenar) atau lebih mesra dipanggil Midi Ale Ale Cau Cau merupakan ahli baru Salam Siakap. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang memancing ini terutamanya di longkang, tali air, anak sungai, parit dan kawasan yang sewaktu dengannya. Antara spesis ikan yang menjadi kegilaan Midi adalah seperti haruan, sepat, puyu, lampam dan sebagainya. Kini beliau melangkah ke hadapan ingin mencuba untuk memancing kolam, tasik, pantai, muara dan sebagainya. Satu cabaran yang cukup besar bagi Midi kerana beliau harus mempunyai kelengkapan memancing yang pada saya cukuplah sekadar minima kerana seperti yang kita sedia maklum harga untuk peralatan memancing ini agak mahal. Lupakan soal brand seperti Abu Garcia, Daiwa, Shimano, Ryobi, Berkley dan lain-lain kerana ini adalah permulaan baginya. Cukuplah sekadar dengan peralatan yang harganya lebih murah untuk mendapatkan lesen terlebih dahulu. Untuk pengetahuan semua, InsyaAllah Salam Siakap akan mengadakan trip memancing ke Coral Fishing Resort Lumut, Perak pada 5 dan 6 Jun 2010. Seluruh warga Salam Siakap mengucapkan selamat menyertai Kelab Memancing Salam Siakap buat Midi Ale Ale Cau Cau.


Cerita 2 :

Satu kolam yang baru di kenal pasti oleh Ferry Patin yang terletak di Hulu Langat merupakan kolam yang mempunyai ikan yang agak besar saiznya. Saya belum berkesempatan untuk mencuba kolam tersebut tetapi menurut cerita dan gambar yang diberikan Roy Keli kepada saya, tiga kali ke sana tidak pernah menghampakan mereka. Pasangan adik beradik Ferry Patin dan Roy Keli kerap kesana sejak kebelakangan ini. Bayaran masuk yang agak murah serta kurangnya pemancing disana menyebabkan peluang untuk mendapatkan ikan itu lebih cerah. Walaupun pada pandangan saya, rezeki untuk mendapatkan ikan adalah ketentuan Allah. Saya beserta ahli Salam Siakap yang lain sudah bermesyuarat untuk mencuba kolam tersebut sebaik sahaja selesai pertandingan memancing di Seri Bayu, Tekala pada 16.05.2010 nanti.



Gambar : Dua gambar di atas merupakan hasil Roy Keli

Gambar : Ferry Patin bersama ikan yang berjaya di pancing

Di sini saya ingin meceritakan serba sedikit mengenai tajuk muka depan majalah Salam Siakap berkenaan saudara Safar dan Helmi. Untuk pengetahuan semua, Safar belum lagi secara rasmi menjadi ahli Salam Siakap kerana beliau begitu sibuk menembak ikan. Saya tidak begitu pasti jenis ikan apakah yang beliau tembak. Lokasinya pun masih menjadi misteri kerana Safar tidak memaklumkan kepada saya. Pada dasarnya, Safar telah bersetuju untuk menjadi ahli Salam Siakap tetapi sehingga kini beliau masih lagi diam seribu bahasa.

Helmi dan batu ajaib...
Helmi merupakan seorang pemancing yang sudah lama berkecimpung di dalam arena memancing ini tetapi beliau sudah pun pencen. Pengalaman yang beliau ada cukup mengagumkan saya. Menurutnya, beliau pernah menaikkan ikan Jenahak seberat 21.5kg dan merupakan rekod tangkapan terbesar beliau. Saya cukup teruja mendengarnya walaupun ianya tidak disertakan dengan bukti. Tapi sayang, Helmi kini sudah pencen dan beliau begitu sibuk dengan perniagaannya menjual batu ajaib. Ajaib atau tidak batu tersebut, sukar untuk saya nyatakan kerana kalau dilihat dari mata kasar batu yang didakwa ajaib oleh Helmi tampak sama dengan batu yang terdapat di sungai atau jeram. Mungkin keajaibannya datang bila kita memakainya. Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Helmi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan batu tersebut.


Akhir kata, Salam Siakap dari saya untuk semua dan hingga bertemu lagi di lain waktu. InsyaAllah, saya akan updatekan blog ini selepas Pertandingan Memancing di Seri Bayu, Tekala Ahad ni dan juga Trip Memancing ke Lumut Perak Jun nanti.


3 comments:

  1. midi tu betul ke dah konfem join salam siakap nih???
    hr ahad ni dia turun tekala x???
    klau x turun, dia tetap 'midi ale ale cau cau"

    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. ape2 hal aku geram tengok ikan2 yg ferry & roy dpt tu...
    mesti syiok dengar reel menjerit mase tu...
    layan seh...

    ReplyDelete
  3. Gua pun taktau bro kes Midi ni..gaya cakap macam ya ya je nak join..sukar utk diramalkan sbb perangai dia mcm sesumpah..ni, kalo dah geram tgk ikan ferry & roy tu..jom laa turun..bila lagi kan..

    ReplyDelete