Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah

Oleh : Hazly

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, Syawal pula bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi mereka yang cintakan pahala dan mengerti serta memahami keberkatan bulan seribu bulan (Ramadhan) ini menangis kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan Ramadhan Al-Mubarak manakala bagi mereka yang tidak mengetahui keajaiban Ramadhan begitu gembira dengan kehadiran 1 Syawal. Setiap bulan yang ALLAH SWT jadikan mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri cuma bulan Ramadhan ini adalah bulan yang istimewa kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan di gandakan pahalanya oleh ALLAH SWT.
Marilah kita berdoa memohon di panjangkan umur agar kita dapat di pertemukan dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

InsyaAllah, pada hari Ahad 21 September 2009 ini kita akan menyambut Hari Raya Adilfitri 1430 Hijrah. Menjadi sunat muakkad (sunat yang dituntut) bagi kita untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat.

Burayaidah R.A berkata : "Adalah Nabi (S.A.W) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga baginda kembali dari solat Eid" hadith riwayat Ibnu Majah, At-Tirmidzi & Ahmad.

Setelah selesai solat 2 rakaat, kunjung mengunjunglah kita sesama kita dan bermaaf-maafanlah antara kita semoga Aidilfitri kali ini di berkati Allah SWT.

Di kesempatan ini, Salam Siakap ingin memohon ampun dan maaf kepada para pembaca umumnya serta followers khasnya sekira terdapat tulisan-tulisan yang telah mengguris hati dan perasaan. Kepada mereka yang pulang berhari raya di kampung tidak kira dekat atau jauh, berhati-hatilah semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan jalanraya. Ingat orang yang tersayang. Akhir kata dari seluruh warga salam siakap :

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

1 comment:

  1. Salam Hazly...

    Tak terlewat DM ucapkan slmt hari raya aidilfitri buat Hazly and famili.

    Sebenarnya DM kini tengah mengumpul info senarai bloggers memancing Malaysia khususnya di Lembah Klang. Boleh le kasi nama penuh, alamat, no.contact dan email Hazly..

    Hantarkan ke email DM direktorimemancing@gmail.com

    ReplyDelete