Monday, November 2, 2009

The Mines

Oleh : Hazly

Assalamualaikum dan salam siakap buat semua. Pada hari Sabtu 30.10.2009 jam 4.45pm yang lalu saya berkesempatan mengunjungi salah seorang ahli asal Salam Siakap iaitu Johar Talapia a.k.a Celoreng di Tasik The Mines yang mana ketika itu beliau sedang sibuk memancing. Beliau di temani adiknya serta Marindha Kaur a.k.a Linda Nexus. Sebenarnya, tasik ini adalah tempat yang di larang memancing di atas sebab yang tidak diketahui. Pun begitu bagi kaki pancing tegar, ianya tidak menjadi halangan untuk menyelinap masuk ke kawasan tersebut.



Sepanjang hampir 2 jam saya berada disana, terdapat ramai kaki pancing yang sedang sibuk dengan reel masing-masing tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Terdapat banyak spesis ikan yang terdapat di tasik ini antaranya Keli, Peacock Bass, Talapia, Koi, dan macam-macam lagi. Saiz Talapia nya sebesar pinggan. Tidak hairan lah mengapa pemancing berada disana sedangkan tempat itu adalah kawasan larangan. (Gambar atas : Adik Johar Celoreng bersama Peacock Bass nya)




Setelah hampir 2 jam, saya terpaksa meninggalkan lokasi kerana ada urusan lain yang perlu di selesaikan. Sepanjang saya di sini, Johar berjaya menaikkan seekor ikan Peacock Bass yang beratnya 1.7kg disamping beberapa ekor ikan keli dan talapia merah menggunakan umpan seperti cacing, dedak dan roti.

Akhir kata, selamat kembali ke "Salam Siakap" buat Johar Talapia a.k.a Celoreng dan Selamat Maju Jaya.

2 comments:

  1. Kalau ke Perlis jom kita ke kolam siakap di kuala perlis atau kerpan kedah... saya biasa mancing siakap liar kat tok bali pasir puteh kelantan bila balik kg.

    ReplyDelete
  2. sudah hampir 8 tahun sy dok Taman sg besi indah ni.. Nk mancing sini ketaq habis rasanya.. Pernah 2 kali polis serbu kawasan ni. Walaupapun tahniah bro

    ReplyDelete