Saturday, August 8, 2009

Kolam Siakap Sungai Long

Inilah kolam air masin sungai long, kajang..bayar je RM 30 dapat mancing 3 jam, takde deposit..kalo rasa tak cukup 3 jam, tambah je RM 10 satu jam. Ni first time aku datang sini, tengok dekat malaysian fishing net pastu terus datang dengan abah aku, kebetulan abah aku ada kat kl skang ni..

Peace no war, just war againts Siakap..ni tengah tunggu rentapan si siakap..

Mangsa pertama siakap putih 2.1kg..dia punya tarik memang best dan ganas..nasib baik rod brand "Intima" beserta reel "Abu Garcia" dapat menahan penangan siakap ni..berjaya jugak akhirnya..


Inilah Ayahanda tercinta..aku bawak abah aku try kolam kat kl plak..


Kali ke-2 dapat tarik siakap..pergh!! memang best layan siakap besar ni..dia punya tarik memang dasyat..rugi laa sape yang tak join, bertambah rugi bagi mereka yang nak join tapi tak bole di sebabkan pantang larang orang-orang tua..memang rugi besar..


Suasana malam di kolam sungai long..


Ni anak siakap merah menurut Abah aku laa sebab kalo tengok dari dekat memang ada tompok merah kat badan dia..aku pun taktau macam mana boleh sangkut kat joran Abah aku ni..kecik je ikan ni tapi ganas..kat kolam ni memang ada siakap merah tapi jarang orang dapat sebab susah sangat nak mancing ikan ni..tapi mengikut sejarah siakap, antara 3 spesis siakap, siakap merah yang paling susah di buru dan jugak susah untuk di jinakkan..siakap merah memang terkenal dengan rentapan ganas..kalo dekat "kolam 8 pari" di pengkalan chepa, kelantan memang banyak siakap merah..pakai umpan ikan sardin je..ada masa nanti "salam siakap" akan buat trip ke sana.


Ni laa habuan 3 jam mancing kat kolam ni..Alhamdulillah..yang pastinya aku akan kembali lagi ke kolam ni..nak pancing siakap ni, ada petua..petua dia adalah :
1- kene pegi kolam atau mana-mana tempat yang di yakini ada siakap sebab kat rumah memang tak bole mancing kecuali dalam akuarium dan yang paling penting kena BEBAS DARI PANTANG LARANG (p/s: bro Fairuz Puyu a.k.a Pacu jangan marah ya!!)
2- kene bawak joran dengan reel sekali sebab siakap tak bole dapat kalo pakai tangan je.
3- kene ada tali, mata kail dan sebagainya.
4- WAJIB ada umpan, kalo takde umpan macam mana siakap nak makan.








14 comments:

  1. petua no.1 tu mmg xblh blah...
    xpe2, pantang tetap pantang...
    bile aku dah renew lesen aku tahun depan, blog ni akan lebih hangat sehangat hati aku skrg nih...
    korg tunggulah kebangkitan Fairuz Puyu...
    HAHAHA...

    ReplyDelete
  2. mcm mane nak pegi kolam nie??

    ReplyDelete
  3. highway nak ke kajag, cari symbod sg. long. dah masuk sg. long cari shell belah kiri. dalam 100m ader kawasan perumahan yg ader guard kat depan tu. masuk je kat guard tu terus je , jgn ke kiri atau kanan, terus je. pastu jumpa....setakat ni dalam sepuluh kali aku pegi situ cuma 2 kali je koyak... yg lain ok ..... guna udang kopek untuk casting.... atau pelampung... ikan kembung belah pun cantik jugak.... tapi kolam ni pelik sikit banyak ikan main tepi la... kat kipas kat pintu masuk tu pun ok. dah 5 ekor aku penah naik kat situ

    en. don

    ReplyDelete
  4. hahaha kolam ni saya mmg tiap2 minggu pi...,main pagi mmg best der..... wat kata memember huuuuud......rekod paling berat saya 3kilo..... apa tunggu lg.... cargas r.....

    ReplyDelete
  5. Kat mana kolam 8pari d pengkalan chepa..secara lebih tepat?

    ReplyDelete
  6. malam munggu ni jommmm layan...ikan ape lagi ade kat sana?

    ReplyDelete
  7. siakap je ade iswadi nie kolam ikan siakap

    ReplyDelete
  8. Sekarang... masih menarik.ke kolam ni.. mcm nak try lah

    ReplyDelete
  9. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR

    ReplyDelete
  10. Ada sesiapa nak sewa kolam pancing tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still available kee & bape rm sewa kolam tu ??

      Delete
  11. nak tanye la kolam tu msih bukak lagi x,situ ad jual umpan x
    TLG AMBIL NOMBOR SAYA SEKIRANYE ANDA INGIN BERKONGSI MAKLUMAT TTG KOLAM SIAKAP SG LONG 0173233586

    ReplyDelete